Erti
Sebuah Kebahagiaan
Kini,
aku semakin dewasa dan telah pun berumahtangga. Pengalaman hidup yang telah aku
lalui telah mematangkan aku. Aku telah menjadikan kesusahan hidupku sebagai
kekuatan dan semangat untuk aku berjaya sehingga menjejakan kaki ke menara
gading. Dorongan daripada keluarga dan suami tercinta memberikan sebuah harapan
untuk aku mengecapi kebahagiaan itu.
“Sya..
Sya.. kau termenungkan apa tu? Puas aku panggil kau dari tadi. Biar aku teka..
kau mesti teringtkan budak lelaki kelas sebelah tu kan..” Kedatangan Imah telah
mengejutkan aku dan sekaligus mematikan lamunan aku yang baru sebentar tadi.
“Ish..
apa yang kau merepek ni Imah. Mana ada aku teringatkan dia. Lagipun siapalah
aku ni nak berdiri sama tinggi dengan dia. Dia handsome, pandai, anak orang kaya pulak tu. Mana layak aku untuk
dia. Apalah yang ada pada aku ni kalau nak dibandingkan dengan dia tu..” Luah
Sya kepada rakannya itu.
Sememangnya
rakan karibku yang seorang itu sangat memahami dan mengerti akan perasaanku.
Malah dialah tempat untukku meluahkan segala perasaan dan tempat untuk aku
melepaskan segala keluhan.
“
Sya.. kau janganlah merendah diri sangat. Allah tu maha adil.. aku yakin satu
hari nanti kau mesti dapat jodoh yang baik macam yang kau inginkan, percayalah..
sekarang ni kita fokus kat pelajaran
dulu, lagipun exam dah nak dekat.” Nasihat
Imah kepadaku. Namun, aku tidak mampu berkata apa-apa selain mengangguk sahaja.
Aku
kini sedang melanjutkan pelajaran di tingkatan 6. Bukan aku tidak mendapat tawaran
untuk belajar di tempat lain, tetapi surat tawaran yang aku terima semuannya
tiada yang menarik minatku. Justeru, aku memilih untuk melanjutkan pelajaran di
tingkatan 6 sahaja kerana sememangnya aku meminati aliran sastra. Dan, semasa
program orientasi yang berlangsung selama 2 minggu itulah hatiku mula tertarik
untuk mengenali seseorang jejaka yang telah menggetarkan jantungku setiap kali
memandang dirinya sehinggalah kini.
Setelah
tamatnya sesi persekolahan, aku terus pulang ke rumah. Setibanya aku di rumah,
suasana begitu sunyi dan sepi memandangkan hanya aku sahaja yang berada di rumah
itu. Ibu dan ayahku bekerja mencari rezeki bagi menyara kehidupan kami yang
agak dalam kesusahan. Abang dan kakakku pula sedang melanjutkan pelajaran di
universiti, manakala adikku yang bongsu bersekolah di sesi petang.
Sedang
aku memikirkan kesusahan hidup kami, kata-kata ibuku sering kali berlegar-legar
difikiranku. “Ibu tak nak Sya fikir soal teman lelaki, tapi ibu nak Sya fikir
masa depan Sya. Ibu nak Sya berjaya, ibu nak anak-anak ibu hidup senang. Ibu
tak nak Sya dan anak-anak ibu yang lain hidup susah macam ibu.” Tidak
semena-mena air mataku tertumpah jua membasahi pipiku yang gebu itu. Mulai
detik itu, aku memasangkan niat untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh
sehingga berjaya merealisasikan hasrat ibuku. Dan aku berjanji setelah aku
berjaya nanti aku akan membalas segala jasa yang telah mereka taburkan untukku
dan adik beradikku yang lain.
Peperiksaan
STPM sudah semakin hampir, aku telah berusaha menghabiskan masaku dengan
mengulangkaji pelajaran bersama rakan-rakanku. Sedang aku menyiapkan tugasan
yang diberikan oleh guruku sebentar tadi, kedatangan Imah telah membantutkan
kerjaku.
“Sya..
kau nk tau tak tadi aku jumap siapa?” Soalnya kepadaku. Aku yang sedari tadi
hanya berdiam diri sahaja tanpa menjawab pertanyaannya itu. Imah yang hanya
memerhatikan aku itu mula geram dengan sikapku kerana aku tidak memperdulikan
soalannya sebentar tadi.
“Hey
Sya.. aku cakap dengan kau ni.. dengar ke tak..” marahnya kepadaku. “Opss, sorry.. aku dengarlah.. hmm, kau jumpa
siapa tadi?” Soal aku kepadanya. “Tadi lepas aku jumpa cikgu Sahlawati kat
bilik guru, aku terserempak dengan jejaka idaman kau tu lah. Ghaz.. dia kirim
salam kat kau.” Cerita Imah kepadaku dengan senyuman yang masih tak lekang
dibibirnya. Tetapi aku hanya mendengar sahaja. “Aku rasakan Sya, si Ghaz tu
minat kat kau lah. Cuma, dia malu nak luahkan perasaan dia kat kau je.” Tokok
Imah lagi.
“Eh,
kau ni memandai je kan.. dia tak cakap pun yang dia suka kat aku.” Aku yang
sedari tadi hanya berdiam diri mula bersuara. “Tapi dari apa yang aku tengok,
dia memang ada hati kat kau lah. Kau tak perasan ke yang dia suka perhatikan
kau? Hmm, sebenarnya kau pun dah lama sukakan dia kan. Cuma kau aje yang suka simpan
sorang-sorang.” kata Imah lagi. “Imah, kau tau kan hasrat ibu aku. Aku tak nak
hampakan harapan ibu aku.” Luah Sya kepada rakannya itu. Dia hanya diam dan membisu mendengar jawapanku itu.
Walaupun hatiku gembira
mendengarkan cerita Imah itu, tetapi harapan ibuku perlu aku laksanakan
terlebih dahulu. Biarlah perasaan ini hanya aku sahaja yang tahu.
* * * * * *
Kini,
sudah 2 tahun aku melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya. Atas usaha dan
kegigihanku di tingkatan 6, aku telah memperoleh keputusan yang cemerlang dalam
STPM dan telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di salah sebuah universiti
terkemuka di Malaysia. Harapanku untuk melanjutkan pelajaran sehingga ke menara
gading telah pun terlaksana.
“Ibu..
ibu.. kakak dapat 4 flat bu.. kakak dah buktikan kat ibu macam yang ibu
harapkan” jerit Sya sambil mendapatkan ibunya. “Alhamdulillah.. macam ni lah
anak ibu.. ibu percaya yang anak-anak ibu tak pernah hampakan harapan ibu.” Ibu
menarik aku kedalam dakapannya. Tidak semena-mena air mataku tertumpah jua.
Ayah yang sedari tadi hanya memerhatikan gelagat kami dua beranak berkongsi
kegembiraan bersama-sama.
Tepukan
di bahuku telah mematikan lamunanku sebentar tadi. Kini, Imah telah pun duduk
bertentangan denganku. Kami sememangnya tidak dapat dipisahkan semenjak
melanjutkan pelajaran di tingkatan 6 lagi. Kami sama-sama melanjutkan pelajaran
di peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang bahasa dan kesusasteraan.
“Eh,
Sya.. kau termenungkan apa lagi tu. Jom lah.. kita dah lambat ni.. nanti marah
pulak Puan Izayati tu. Kau lupa ke yang kita ada kelas pagi ni sebelum exam minggu depan?” teguran itu
membuatkan aku sedikit terkejut dan kembali ke alam nyata. “Eh, jom lah.. aku
tunggu kau lah ni.”
Setelah
tamat kelas, aku terus melangkah ke perpustakaan yang berhampiran. Pada waktu
itu, aku hanya bersendirian memandangkan Imah terpaksa menghadiri perjumpaan
persatuan. Sedang aku tekun memerhati setiap buku yang berada di rak, bahu ku
telah dilanggar oleh seorang lelaki dan tidak semena-mena buku di dalam
pegangan ku terjatuh.
“Err..
saya mintak maaf..” lembut suara lelaki itu sambil menghulurkan buku kepada ku.
Sewaktu aku ingin mengambil buku yang berada dihulurannya itu, mata kami saling
memandang antara satu sama lain dan seperti terpukau. Aku seperti mengenali
lelaki itu. Dialah lelaki yang menjadi pujaan hatiku empat tahun yang lalu.
Namun, tidak mungkin kini dia berada dihadapanku. Dan saat itu juga, hatiku
mula berdebar-debar bila terpandangkan wajahnya.
“Terima
kasih.” Hanya dua perkataan itu sahaja yang mampu aku ungkapkan. Tanpa membuang
masa aku ingin berlalu tetapi lenganku terlebih dahulu dipaut oleh lelaki itu. “Sya.. awak dah tak
ingat kat saya lagi? Walaupun dulu masa kat tingkatan 6 awak cuba jauh dan
mengelakkan diri daripada saya, tapi saya tak pernah pun lupakan awak. Puas
saya cari awak, dan tak sangka saya dipertemukan sekali lagi dengan awak dekat
sini.” Lembut budi bicaranya.
Aku
tidak dapat menahan sebak setelah mendengar kata-kata yang baru sahaja
diungkapkannya sebentar tadi. Aku menarik tanganku yang berada digenggamannya
itu. Mulutku seakan terkunci. Tetapi aku cuba juga untuk berhadapan dengannya kini.
“Saya mintak maaf. Saya tak ada niat nak jauhkan diri daripada awak. Saya buat
semua tu sebab saya tak nak hampakan harapan ibu saya. Dia tak nak saya
main-main dalam pelajaran. Dia nak saya berjaya. Tapi dalam masa yang sama,
saya jugak sentiasa berharap agar suatu hari nanti Allah akan pertemukan saya
dengan awak.”
Setelah
itu, kami berdua beriringan keluar dari perpustakaan dan menuju ke taman mini
yang terdapat di universiti tersebut. Kami berdua saling bercerita tentang
kisah hidup kami berdua. Selepas daripada pertemuan tersebut, hubungan kami
berdua semakin rapat dan akrab sehingga menjadi tumpuan kepada beberapa orang
pelajar di universiti itu apabila melihat kemesraan kami berdua.
“Ehem..
ehem..” Bunyi deheman seseorang secara tiba-tiba mengejutkan aku. “Amboi.. yang
kau senyum sorang-sorang ni dah kenapa? Dah macam orang angau aje aku tengok.
Aku tau lah kau tengah bercinta sekarang ni. Orang lain pun bercinta jugak,
tapi tak ada lah macam kau ni..” Berkerut dahiku mendengar setiap butir kata
rakan karibku itu.
“Tapi
aku suka sangat tengok kau bahagia sekarang ni. Sekurang-kurangnya kau dah
jumpa balik dengan jejaka idaman kau tu..”
“Alhamdulillah..
aku pun tak sangka yang aku akan jumpa balik dengan dia dekat sini. Kecil betul
dunia ni kan..”
“Kalau
dah jodoh tak kan ke mana Sya.. Sejauh mana pun kau pergi, Allah mesti akan
pertemukan kau dengan dia balik. Sekarang ni nampaknya cuma aku aje lah yang
tak ada pasangan.” Imah membuat muka simpati.
“Bukan
tak ada orang nak kat kau, kau aje yang jual mahal. Kesian tau kat Shahrul tu.
Dah lama dia tunggu kau.” Imah menjuihkan bibirnya mendengarkan kata-kataku
itu.
“Sya..
aku bukan tak nak terima dia, Cuma aku nak tengok sejauh mana keikhlasan dia
terima kekurangan diri aku. Kalau dia memang nak aku jadi suri di hati dia,
mesti dia tak akan berputus asa untuk dapatkan aku.”
Mendengarkan
kata-kata Imah itu tidak mampu untuk aku berkata apa-apa melainkan mengangguk
sahaja. Perangai rakanku yang seorang itu memang begitu. Ada sahaja alasan yang
diberikan apabila aku menyebut nama lelaki yang pernah menjadi sebahagian
hidupnya suatu ketika dahulu. Aku tahu dia masih menyayangi lelaki itu. Doaku
hanya satu, moga dia akan berbahagia dengan lelaki itu suatu hari nanti.
* * * * * *
Kini,
aku sudah pun memiliki segulung ijazah daripada Universiti Malaya. Kedua-dua
orang tuaku sangat berbangga dengan kejayaanku itu. Aku telah menjadi seorang
pensyarah di salah sebuah universiti tempatan. Manakala, abangku telah
berkhidmat sebagai akauntan dan kakakku pula sebagai doktor di salah sebuah
hospital swasta. Kini, hanya adik bongsuku sahaja yang masih mengikut jejak
langkahku di Universiti Malaya.
Ibu
bapaku kini hanya menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama anak dan cucu-cucu
mereka. Kegembiraan ibu bapaku sering kali terukir dibibirnya atas kejayaan
anak-anak mereka.
“Ibu
bangga sangat dengan anak-anak ibu. Semuanya dah berjaya.” Lembut ibu bersuara.
“Ibu..
kejayaan kami semua atas pengorbanan ibu dan ayah dalam mendidik kami. ” aku
menarik ibu dan ayah ke dalam dakapanku.
“Kami
adik beradik berhasrat untuk hantar ibu dan ayah ke tanah suci hujung tahun ni.
Segala urusan dah kami uruskan. Ibu dengan ayah cuma perlu sediakan
barang-barang keperluan untuk ke sana sahaja.”
Ibu
dan ayah merenung wajah anak-anak mereka satu persatu. Tidak semena-mena air
mata mereka menitis jua akhirnya tanda kesyukuran dan kegembiraan atas
perkhabaran yang mereka baru sahaja dengar dari kakak dan abangku itu.
Menghantar ibu dan ayah ke tanah suci merupakan hasrat kami sejak dahulu lagi
sebagai tanda kami untuk membalas jasa mereka berdua.
Sebelum
ibu bapaku pergi ke tanah suci, Ghaz telah menghantar rombongan meminang dan
dalam waktu yang sama aku telah sah menjadi tunangnya. Majlis akad nikah kami
akan berlangsung selepas ibu bapaku pulang dari tanah suci. Pada waktu itu,
hatiku mula diruntum rasa sebak disebabkan terlalu gembira kerana akhirnya aku
dapat membina sebuah hubungan yang lebih bermakna bersamanya.
Aku
juga turut gembira kerana akhirnya rakan karibku Imah kini telah menjadi isteri
Shahrul. Kehidupan mereka kini lebih bermakna dengan kehadiran anak sulung
mereka yang diberi nama Hannah Maryam.
Akhirnya,
kini aku sungguh bahagia kerana dapat merealisasikan hasrat kedua-dua orang
tuaku serta dapat membina hubungan yang lebih bermakna dengan pujaan hatiku itu.
Sesungguhnya manusia sememangnya tidak tahu apa yang tersurat dalam takdir.
Perancangan Allah adalah yang terbaik.
~Tamat~
Karya
Seni,
Noor Shahlinda
No comments:
Post a Comment